Friday, December 18, 2009

tak banyak. cuma ini. cuma kami


aku tidak mahu ulas apa2.
aku tidak mahu gembur apa2.
cuma ini.
cuma kami.
cuma baru yang ini setelah lama berganti.

insyaAllah kekal sampai nanti.
doakan aku ya.
;)


dan ini doa aku : sampai tua, insyaAllah.

ini dari kakak hebat, fynn jamal
sampai tua

kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba

kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua
aku ada
sampai tua

takkan ku takut


makasih kak, untuk yang ini. makasih juga untuk puisi dan lagu yang lain

insyaAllah.

Sunday, November 15, 2009

kak wani ardy kata:

tadi, di lepaq cafe.
sebelum menyanyikan lagu tape, kak wani ardy kata;lebih kurang lah:
kalau nak move on, kena tukar semua lagu dalam mp3 player dan mula kan lagu baru.

betul kan?
tapi kalau aku, aku akan tukar semua lagu, tapi bukan lagu je, kena tukar rumah, handphone, laptop, baju, kereta, dan memori otak.

kalau aku boleh tukar family, mungkin aku tukar jugak. ha-ha. ;)

high dengan suara2 merdu kak fynn jamal, kak wani ardy dan kak rina s. oh juga david llyod knight.

Saturday, October 24, 2009

bila seorang ibu melayan dan memaki

selamba menjerit bagai tiada malu dihadapan kami.
selamba memaki bagai tiada adab dihadapan kami.

pantat, bodoh, dan bangang bagai sudah lali di bingkai telinga
kaki, tangan, tendang, pukul dan segala sudah biasa di rompong tulang
terlalu biasa, terlalu lali.

dilayan bagai orang gaji
disuruh menjaga adik, mencuci rumah, mengangkat barang dan segala.
ya, mungkin untuk membantu ibunya, tapi, kalau ibunya terkangkang tidur di dalam bilik dan membiarkan anaknya membuat semua kerja rumah dan menjaga anak, apakah itu membantu namanya?
ya, mungkin untuk menolong mamanya, tapi, jika mamanya seronok menonton tv di ruang tamu dan memyuruh anaknya membasuh bontot busuk anak, apakah itu menolong namanya?
ya, mungkin untuk meringankan bondanya, tapi, jikalau bondanya gembira berasmara dengan makanan dan menyuruh anaknya mengendong bayi kecil diiringi dengan makian pada anak itu, apakah itu meringankan bondanya?
dan jika tersilap langkah, memberontak sedikit, malanglah.
makian dan tendangan menjadi habuan.

kasihan aku lihat anak itu
sedih aku lihat bila mamanya selamba memaki. yang paling aku geram bila lancar bibir mama itu mengatakan pantat
katanya mahu mengajar kononnya, tapi cara ajaran itu bagaikan silap rasanya.
dengan suka cita dia memukul gadis itu, dengan gembira dia memaki gadis itu.

minggu lepas, aku sekeluarga membawa gadis ini bercuti dan meninggalkan tugasan hariannya. keluarga kecil gadis itu tidak ikut kerna ayahnya ada kerja. ya ampun, lancarnya dia bercakap, kecohnya dia membebel, lajunya dia menolong kami. tapi setibanya di rumah, semerta dia menjadi pendiam, menjadi lembap. dan langkah sahaja kaki ke dalam rumah, mamanya selamba sudah memaki dia. mahu pulang ke rumahnya juga, diherdik gadis itu. selamba mengeluarkan perkataan pantat dari bibir itu, ditunjal2 kepala gadis itu. aku tak faham dengan mamanya.

apa nak jadi ini?
haih

Monday, October 19, 2009

gilakan kamu.

ya, aku gilakan kamu.
tapi bila terfikirkan busuk kamu itu, aku jijik.

kamu tunjuk kamu bahagia sebab kamu suka lihat sengsara kan?
dan tahniah, kamu berjaya.
sungguh.

aku gila tengok perempuan itu.

Tuesday, October 13, 2009

itu padah bila terus mengintai

sakit kan bila tengok dia bahasia dan kita terkial2 seorang kat sini.

entah kenapa aku masih lagi mengintai yang tak patut sampai rasa benci meluap2 dalam ni.


carikan aku seorang lelaki yang boleh atasi dia. haha

Thursday, October 8, 2009

ini perihal promosi buku fynn jamal

entah kenapa aku rasa aku perlu kongsi. mungkin memberi kesan dan mungkin tidak
cuma aku tersangat mahu kongsi kerna aku sudah punya buku pertamanya dan memberi kesan dalam jiwa.

bukunya tidak mahal. hanya rm15 sebuah tapi isinya, aku jamin, bernilai dari emas.
aku sayang kakak yang seorang ini.

kalian klik lokasi link ini suara untuk dipegang dari fynn jamal untuk makluman lanjut. bagaimana pembayarannya, bagaimana tempahannya, bagaimana delivery nya dan sebagainya.

Wednesday, October 7, 2009

bonda,aku rindu

entah kenapa tiba2 hari ini aku rindu mama.
tersangat rindu

mana nizam ni.lama sangat menghilang.aku perlu cari dia.ish!