Showing posts with label kekasih yang mencurang. Show all posts
Showing posts with label kekasih yang mencurang. Show all posts

Monday, October 19, 2009

gilakan kamu.

ya, aku gilakan kamu.
tapi bila terfikirkan busuk kamu itu, aku jijik.

kamu tunjuk kamu bahagia sebab kamu suka lihat sengsara kan?
dan tahniah, kamu berjaya.
sungguh.

aku gila tengok perempuan itu.

Saturday, October 3, 2009

as usual, he came to my dream

aahh.
malam tadi lena dengan mimpi indah.
tapi menyakitkan.

he came to my dream and left when i really fall for him.

aku betul2 benci bila jadi camni.
lena terus tidak selubung.
terjaga dalam sentak yang tidak mesra.


kalau lah bisa.
kalau lah bisa aku puingkan segala rasa yang ada, kan bagus.
tidak sesak dalam hati
tiada hitam berwarna di jiwa.

andai lah ada di sesuatu ketika yang mahu aku simpan dalam dada,
aku pilih sewaktu aku bersama kamu.

Friday, September 25, 2009

garapan harapan palsu

kadang2 sedih juga bila ada orang sebegini. dengan muka tidak tahu tebalnya malu memberi harapan yang kadang2 agak tinggi dalam sedar atau tidak atau/dan dalam sedar tetapi buat2 tidak sedar.

-----

situasi pertama :

si dolah dan aminah adalah kekasih lama.
si aminah adalah seorang gadis yang cantik dan sangat diminati. lantak di tinggalkan tidak sampai sejam dapat pengganti.
si dolah pula masih teringat-ingatkan si aminah. susah benar mahu lupa.
mereka berpisah kerna bapa si aminah tidak berkenankan si dolah, tapi dalam rahsia, mereka masih berhubungan, biasa2 sahaja.
si aminah terkadang melayan si dolah bagaikan sang kekasih, membuatkan si dolah terawang mimpikan yang hubungan mereka masih dapat diteruskan. masakan tidak, bila keluar, berpegangan tangan tidak mahu lepas, menyendeng bagai belangkas.
baru2 ini, si aminah dapat laki baru, dikhabarkan pada si dolah, si dolah kecewa tersangat kerana dia ingat yang mereka dapat bersama.
kasihan si dolah bersertakan dengan doa supaya si aminah dapat pengajaran.
aminah pula bahagia tidak lama, tadi baru terbaca mesej2 lama laki baru, buat aminah geram.

situasi kedua :

ada timah dan abu. mereka juga kekasih lama.
mereka putus cinta kerna sahabat berdua, namun dalam diam tanpa pengetahuan si sahabat berdua; mereka berhubung.
baru2 ini, timah putus cinta dengan kekasih baru, diadu pada abu. abu punya lah nasihat siap bagitahu yang si abu masih mahu timah. siap di garap harapan yang mereka akan berkahwin bila si abu dah stabil hidupnya dan timah habis belajar nanti.
dan belum raya dahulu, abu dan timah keluar berempat. duduk berdua di bangku pusat beli belah lepas lelah, mereka bercerita panjang;tentang khabaran harapan dan sebagai. terselit juga, ditanya abu oleh timah, mahu tahu yang benar, abu ini sudah ada yang punya kah, kerna timah penat kecewa lagi. abu kata tiada. timah sengih kembang pasang angan tinggi.
mungkin mahu ditunjuk tuhan maha besar gamaknya, sehari sebelum raya;abu call timah, dalam nada takut2 ditanya mana timah, tidak keluarkah, buat apa, kemudian diletak mengejut dengan ada nada2 bisik perempuan sebagai latar belakang. kemudian dipanggil lagi, dicakap; "nak cakap apa lagi" terus diletak. kali ketiga, hanya misscall. untuk keempat, terusan abu cakap, "awak, jangan call dan mesej number ni lagi tau" disela dengan suara perempuan itu,"cakap lah". "awek saya pegang number ni." timah dengan sengih katakan ya.
kasihan timah. memang di tahu yang abu ini kaki perempuan. jadi harapan itu hanya harapan. dia tahu itu. tapi, masih dia kecewa, sebab abu adalah lelaki yang mengajar dia mahu setia tetapi ditarik tangannya oleh kekasih baru.

situasi ketiga :

ali dan joyah dahulunya kekasih.
masing2 sudah kenal keluarga. masing2 dahulunya setia.
joyah dan ali kenal dari alam maya. bersahabat bertahun sebelum bercinta.
ali cakap pada joyah, ali setia.
ali kasi harap kat joyah, akan setia dan hanya joyah punya. mahu tunang lah, hanya akan kahwin si joyah lah. bermacam lah.
sampailah di suatu hari, si joyah dapat tahu ali curang. dalam diam.
dan joyah sakit sampai sekarang.


------

penangan harapan bila digarap sakit.
ini segelintir situasi aku mahu kongsi. aku tidak reti bercerita. masih banyak buku dalam jiwa. cuma tidak terkeluar. yang sedikit ini sahaja.


aku takut mengharap dan diharap

Wednesday, August 12, 2009

susah sangat

aku sudah penat sebenarnya.
dah payah benar aku hendak buang dia.
semalam, aku mimpikan dia, kami.
aku kerling pada telifon bimbit yang hampir setiap hari aku jenguk untuk tangiskan ketika membaca mesej2 lama.
aku ambil dan mula menaip pada seorang adik mengadu nasib.
ish. kenapa susah sangat?

Tuesday, June 23, 2009

hati, maafkan saya

hati,
maafkan saya.

maafkan saya
menyakitkan kamu

maafkan saya
membiarkan kamu

maafkan saya
membelakangi kamu

hati,
maafkan saya
kamu hancur
maafkan saya
kamu sendirian

hati,
maafkan saya
dia meranapkan kamu
dan saya benarkan.

hati,
maafkan saya
maaf.
maaf.
maaf.
dan maafkan saya untuk kesekian kalinya.

i'm so soory, i'm not over you yet. grrrr

Thursday, June 11, 2009

bencinya melihat

bencinya aku melihat.
padamkan mata aku.
tutupkan telinga aku.
kerna aku tidak mahu melihat dan mendengar setiap perbuatan dan perkataan.
aku benci.


aku mahu duduk di sudut kamar kosong yang gelap itu supaya tiada kalian

Sunday, May 17, 2009

jangan sampai

ye.
jangan sampai
jangan sampai hati aku yang kau pegang itu busuk
jangan sampai hati aku penat
jangan sampai hati aku luluh dengan hubungan kita
jangan sampai cinta aku menghilang
sebab aku sangat sayangkan hubungan ni
sebab aku sangat cintakan kita
sebab aku sangat tak sanggup untuk mendua

sayang
jangan sampai
sebab dulu kau kata kau itu milik aku
milik aku sahaja
sebab dulu kau kata kau itu seorang yang setia
setia dengan cinta
sebab dulu kau kata kau itu tak mungkin mencurang
sebab dulu kau kata kau itu tidak mungkin aku tiada
sebab dulu kau kata kau itu gilakan aku sahaja
sebab dulu kau kata kau itu angaukan aku
sebab dulu kau kata kau itu mahukan aku sahaja
sebab dulu

dan dulu itu dulu
kau berubah kini
kau mendua
dan kau menyorokkan si dia
kau melebihkan si dia

sayang
jangan sampai.
sebab aku ini mahu setia
sebab aku ini mahu milik kamu sahaja
sebab aku ini cintakan kamu seorang
sebab aku ini tak mahu menjadi seperti dahulu.

argh.
orang kata itu lah lelaki.
orang kata itu lah lelaki, mulutnya manis.
orang kata.

sayang
jangan sampai
jangan sampai aku membilang.
dan jangan sampai aku tergamak tuk mencurang

aku rindukan kita yang dahulu2. yang manja bila bersama. yang tidak simpan apa2 di dalam hati. yang berterus terang tentang semua. yang bahagia sentiasa. yang bergaduh2 manja. yang tidak boleh jika tiada. aku masih simpankan kata2 kau itu.