Friday, September 25, 2009

garapan harapan palsu

kadang2 sedih juga bila ada orang sebegini. dengan muka tidak tahu tebalnya malu memberi harapan yang kadang2 agak tinggi dalam sedar atau tidak atau/dan dalam sedar tetapi buat2 tidak sedar.

-----

situasi pertama :

si dolah dan aminah adalah kekasih lama.
si aminah adalah seorang gadis yang cantik dan sangat diminati. lantak di tinggalkan tidak sampai sejam dapat pengganti.
si dolah pula masih teringat-ingatkan si aminah. susah benar mahu lupa.
mereka berpisah kerna bapa si aminah tidak berkenankan si dolah, tapi dalam rahsia, mereka masih berhubungan, biasa2 sahaja.
si aminah terkadang melayan si dolah bagaikan sang kekasih, membuatkan si dolah terawang mimpikan yang hubungan mereka masih dapat diteruskan. masakan tidak, bila keluar, berpegangan tangan tidak mahu lepas, menyendeng bagai belangkas.
baru2 ini, si aminah dapat laki baru, dikhabarkan pada si dolah, si dolah kecewa tersangat kerana dia ingat yang mereka dapat bersama.
kasihan si dolah bersertakan dengan doa supaya si aminah dapat pengajaran.
aminah pula bahagia tidak lama, tadi baru terbaca mesej2 lama laki baru, buat aminah geram.

situasi kedua :

ada timah dan abu. mereka juga kekasih lama.
mereka putus cinta kerna sahabat berdua, namun dalam diam tanpa pengetahuan si sahabat berdua; mereka berhubung.
baru2 ini, timah putus cinta dengan kekasih baru, diadu pada abu. abu punya lah nasihat siap bagitahu yang si abu masih mahu timah. siap di garap harapan yang mereka akan berkahwin bila si abu dah stabil hidupnya dan timah habis belajar nanti.
dan belum raya dahulu, abu dan timah keluar berempat. duduk berdua di bangku pusat beli belah lepas lelah, mereka bercerita panjang;tentang khabaran harapan dan sebagai. terselit juga, ditanya abu oleh timah, mahu tahu yang benar, abu ini sudah ada yang punya kah, kerna timah penat kecewa lagi. abu kata tiada. timah sengih kembang pasang angan tinggi.
mungkin mahu ditunjuk tuhan maha besar gamaknya, sehari sebelum raya;abu call timah, dalam nada takut2 ditanya mana timah, tidak keluarkah, buat apa, kemudian diletak mengejut dengan ada nada2 bisik perempuan sebagai latar belakang. kemudian dipanggil lagi, dicakap; "nak cakap apa lagi" terus diletak. kali ketiga, hanya misscall. untuk keempat, terusan abu cakap, "awak, jangan call dan mesej number ni lagi tau" disela dengan suara perempuan itu,"cakap lah". "awek saya pegang number ni." timah dengan sengih katakan ya.
kasihan timah. memang di tahu yang abu ini kaki perempuan. jadi harapan itu hanya harapan. dia tahu itu. tapi, masih dia kecewa, sebab abu adalah lelaki yang mengajar dia mahu setia tetapi ditarik tangannya oleh kekasih baru.

situasi ketiga :

ali dan joyah dahulunya kekasih.
masing2 sudah kenal keluarga. masing2 dahulunya setia.
joyah dan ali kenal dari alam maya. bersahabat bertahun sebelum bercinta.
ali cakap pada joyah, ali setia.
ali kasi harap kat joyah, akan setia dan hanya joyah punya. mahu tunang lah, hanya akan kahwin si joyah lah. bermacam lah.
sampailah di suatu hari, si joyah dapat tahu ali curang. dalam diam.
dan joyah sakit sampai sekarang.


------

penangan harapan bila digarap sakit.
ini segelintir situasi aku mahu kongsi. aku tidak reti bercerita. masih banyak buku dalam jiwa. cuma tidak terkeluar. yang sedikit ini sahaja.


aku takut mengharap dan diharap

1 comment:

Azkhieme said...

best.! situasi prtama tu btol2 apa trjdi kt aku dlu.. dn aku dh jnji pada diri jgn brharap sgat walaupn si dia itu bagaikn beri peluang ke2 pda aku.. em.. pasti akan rasa begitu kn, bila dia pegang tgan kita, baring di bahu.. dakap.. gila aku tggung sakit. ngis. segala.. aku kena kuat..