Sunday, November 7, 2010

things

aku ada benda nak buat.
lama dah pendam.
tengok orang menguatkan rasa apa yang aku rasa
pandang orang cantik2 belaka.
aku pun teringin.
aku pun mahu.


tapi aku takut. takut sangat tak kekal. takut sangat rapuh iman aku ni pada nya. takut sangat ikhlas ku sebentar cuma. takut sangat aku ni sekejap ada sekejap tak ada.

Friday, October 15, 2010

ini antara list aku bila online



ok.
nak tengok apa aku buat semalam bila tak dapat tidur tu?
ini;
ini, tempat aku suka shopping.
aku suka kasut2 dia.
ok, dah mengidam.

ni; ubat aku sebelum tidur






haha.
motif sebenar post ni sebab nak tunjuk aku dah pandai print screen. ahahahaha.
terima kasih, kak Fynn. :))








*menung*

*padam*

*menung*

apa aku nak tulis ni. mojo menulis macam dah hilang. (macam lah selama ni aku pandai menulis kan?)
lama dah tak menulis.
lama dah tak hapdet blog ni.
bukan ja berhabuk, tapi bersawang2.

*tarik nafas*

bismillah.

*beku*

ok lah. aku betul2 buntu. nanti2 saja aku bersembang dengan kalian ya. sorry.

:P

Thursday, May 6, 2010

dah lama simpan.

bukan tak mahu tayang.
bukan tak mahu cerita.
cuma..
malas mungkin, takut pun ada.
malas untuk lewat browsing menggunakan laptop.
takut yang ada ini tak kekal.

saya sudah ada anak. alhamdulillah. hampir sebulan di tangan. masih kecil; baby. kurus lagi. :(
mahu anak2 saya gemuk. sekarang sedang berusaha mencari apa makanan kegemaran mereka.

saya nak memperkenalkan Peppy Gizmo; jantan. manja sangat, dan Paco Glee; betina. sedikit garang. ;))
comel kan?

kanan - Peppy Gizmo
kiri - Paco Glee

Friday, December 18, 2009

tak banyak. cuma ini. cuma kami


aku tidak mahu ulas apa2.
aku tidak mahu gembur apa2.
cuma ini.
cuma kami.
cuma baru yang ini setelah lama berganti.

insyaAllah kekal sampai nanti.
doakan aku ya.
;)


dan ini doa aku : sampai tua, insyaAllah.

ini dari kakak hebat, fynn jamal
sampai tua

kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba

kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua
aku ada
sampai tua

takkan ku takut


makasih kak, untuk yang ini. makasih juga untuk puisi dan lagu yang lain

insyaAllah.




Music press kits
Quantcast

Monday, October 19, 2009

gilakan kamu.

ya, aku gilakan kamu.
tapi bila terfikirkan busuk kamu itu, aku jijik.

kamu tunjuk kamu bahagia sebab kamu suka lihat sengsara kan?
dan tahniah, kamu berjaya.
sungguh.

aku gila tengok perempuan itu.

Saturday, October 3, 2009

as usual, he came to my dream

aahh.
malam tadi lena dengan mimpi indah.
tapi menyakitkan.

he came to my dream and left when i really fall for him.

aku betul2 benci bila jadi camni.
lena terus tidak selubung.
terjaga dalam sentak yang tidak mesra.


kalau lah bisa.
kalau lah bisa aku puingkan segala rasa yang ada, kan bagus.
tidak sesak dalam hati
tiada hitam berwarna di jiwa.

andai lah ada di sesuatu ketika yang mahu aku simpan dalam dada,
aku pilih sewaktu aku bersama kamu.