bercakap tentang keluarga, kadang2 aku rasa tak relevan langsung untuk aku ceritakan. bercerita tentang family business, apa nak dikepohkan pada dunia luar. pendam dan biarkan saja abah dan mama mengerah tulang belikat sampai terkikis hancur. apa nak heran, duit belanja tetap dapat. apa naj dikisahkan, kwsp tiap bulan 500 dalam akaun. apa nak dikecohkan, tiap kali keluar minta saja mesti dapat. kan?
apa nak heran bukan kau nampak abah tiap malam berkeringat fikirkan masa depan apa nak difikirkan bukan kau nampak mama tiap malam bersengkang siapkan kerja harian
yang kau pastikan; mesti boleh keluar mesti dapat belanja jangan dibilang tidak, nanti kau akan merajuk tak bersuara.
apa pantek ni.
---
spa tu kau biarkan kontang tanpa untung (atau untung kau makan senyap) dan kau biarkan saja abah tanggung tiap satu belanja. apa pantek ni? suka hati kau nak tutup suka hati kau nak buka lambat suka hati pekerja pijak kepala kehendak dia kau ikut aje. apa pantek ni.
kemudian kau kecoh kat status facebook yang kau ini malaikat? apa jadahnya?
yang aku bengangkan sebab kau dah kasi janji hendak bertanggungjawab bila ibu nak jual spa tu. beria kau merayu jangan. kau cakap kau mampu.
tapi takkan tiap bulan untung cuma rm300? --nak bayar gaji pekerja rm500 --nak bayar sewa rm1000 itu belum belanja makan yang kau tiap hari besar aku tengok
hari ni kau bersuka ria kat lost world tu, siap bawak pekerja. apa pantek! spa kau tutup. apa pantek!
*jeling mata* aku tahu dalam hati ada sikit rasa dengki, benci pun mungkin. tapi dia simpan.
aku boleh dikatakan hampir bertuah. almost everything yang aku hendak, aku dapat. sama ada yang aku kumpul sendiri atau yang abah kasi atau aku tebalkan muka pinjam duit abah. alhamdulillah.
tapi untuk dia aku rasa tidak relevance, macam abah cakap;apa perlunya?
apa nak cakap? sebab kita pun tak tahu orang itu orang ini betul2 ikhlas atau tak we cant point a finger pun nak tahu tulus ke tak memang tak tahu sebab mcm biasa; klise : cuma orang ini orang itu yang tahu dan cuma Allah je yang tahu sebenarnya.
dan yang kita ada; cuma hatred. kat sudut hati kita, kita rasa banyak orang tak ikhlas. -- banyak orang cuma show off
*diam*
depan mata pun orang, eh bukan. kita sendiri pun fake. apatah lagi yang lain. apatah lagi bila kiriman post kat wall tu. -- cuma nak show off
sebab tu aku suka private session - email - sms - bbm - dua mata dua mata pun bila dah cukup gagah; akan nampak tak acuh. kalau tak? memang aku bagi kat email, sms, bbm je lah.
entah. i just hate myself for feeling this way. cruelty okbai
oh yes. memang video ni di-banned. tapi apa yang terucap dalam video inii memang betul. kita sebagai bos negara kita, kena pergi mengundi.
Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki): A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.
Indie band concert at Taylor's, who's in? Faster RSVP!: Julie's Share The Love is having its Finale Concert at Taylor's University Lakeside Sunway Campus this Saturday! Featuring indie artists Lab The Rat, Prema Yin, Asmidar and Bihzhu singing the songs you've heard on YouTube. RSVP now!
Orang kata sesibuk mana pun kita, bertanyalah khabar. Kalau tak sebab nak tanya bini kau sihat ke tak, kau fikir sebab anak kau lah. Takpe, bini kau tak kecik hati pun sebab kalau dia pun, dia akan tanya anak dia dulu daripada suami dia. Haha.
bukan nak promote, serious bukan. tapi ini untuk aku seorang yang sangat cepat pelupa. jadi post ni adalah untuk aku sekiranya aku terlupa mana aku bookmark these vlogger. ngehehehe
dan banyak lagi, tapi through these youtube profile, ada link others, so, malas lah nak link banyak2. kikiki
dan bukan aku tak support local vlogger, i do. tapi untuk moment ni, aku tengah layan dorang ni. matlufti, inianwarhadi, shortnap (maria elena), and some others pun aku layan, cumanya aku dah tengok semua video dorang, and at that time, terlupa nak buat post. later okay?
MANA-MANA barangan yang mempunyai 3 TITIK tidak kira corak melintang, 3 segi (satu dia atas dua di bawah) atau 3 titik lurus semuanya adalah produk yang diperbuat daripada kulit babi dan jangan lah kita membelinya.
a good information untuk aku yang memang terjahil. rahsia dalam suapan atau ke link ini http://perempuanjomblo.blogspot.com/2011/09/rahsia-di-dalam-suapan.html
"Aku terima nikah si dia binti si ayahnya dengan mas kahwinnya ..." Bunyi macam senang? Nah ini erti sebenarnya:
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung & bukan lagi ibu bapanya tanggung & aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasiq, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."
aku ada satu tabiat buruk.
aku terlalu suka gadget, dan bila yang aku terlebih2 suka, aku mesti nak beli.
masa sekarang duduk dengan abah, ada elaun mara, im afford to buy 1/2 things. tapi bila dah kahwin nanti camna? aku ni dah laa degil. kalau nak, mesti nak. ni elaun pun dah nak abis. acane?
*diam*
ok, ni kira wishlist yang maybe hanya akan tinggal wishlist.
bear with me, please.
aku harap aku dah tak terdedah dengan semua benda ni.
*diam*
*pandang kiri*
*pandang kanan*
*telan air liur*
ok, bai.
Friday, August 26, 2011
kerana bagi aku, apalah hijabmu kalau bertelanjang, kalau tutupnya rambut semata, kalau buatnya tanpa solat pengepung dosa? kerana sesungguhnya, ciri2 seperti itulah yang menjadikan aku zalim pada diri sendiri dan agama aku. kerana benci aku pada normaliti memuji luaran tapi tidak dalaman, normaliti berhijab tak solat itu lebih bagus dari bersolat tak hijab-- aku jadi sang bodoh yang menolak hijab.
*pause*
ya hayyu ya qayyum
birahmatika astagheethu
aslihni sya'ni kullaha
wa laa takiluni ila nafsi
turfata 'ainin.
credit kak noe yang bukak entry ni. kenapa aku letak sini? sebab aku rasa best lah. + untuk simpanan aku masa depan. aku ni ada short term memory lost. cepat lupa. dari aku terus lupa, baik aku buat back-up. kan?
Macam hari biasa; Rutin normal. Cumanya di awal2 pagi, macam biasa; check hp Ada dua tiga fb notification, satu bbm dari Abah dan kekasih, satu msg Dari mama. Dan pagi tadi bila bersalaman dengan Abah, dan Ibu, disulami dengan ucapan Nothing extraordinary
Delay Facebook pun sengaja aku katupkan tarikh hari lahir. Sebab aku nak tengok siapa yang betul2 ingot tanpa bantuan peringatan percuma. Alah. Tu pun aku tak tutup wall. Kalau tutup, lagi syok. Ni tak, org lain boleh tengok Dan wish jugak. HAHAHAHA
sekali lagi kau bilang kau mahu pergi sekali lagi kau biarkan aku mati sekali lagi kau biarkan aku tanpa perasaan apa kau fikir aku ni haiwan? tak pernahkah kau tahu betapa aku rindu apakah kau peduli apa yang aku tahu sampai hati kau pergi sampai hati kau biarkan aku mati!
perasaan yang terlalu menakutkan perasaan yang terlalu menyeramkan; aku ditinggal di tepi jalan aku ditinggal tanpa rakan dan taulan celakanya perasaan ini ku fikirkan aku tak akan peduli kau pergi
kau memang lelaki yang harus mati sampai hati kau biarkan aku begini; berseorang diri
ini; bukan yang biasa ini; cinta yang ada lainnya tapi kau tidak pernah merasa apa yang ku rasa kau panggil aku gila bila kau bilang kau hendak pergi sampai hati engkau biar ku mati berapa kali kau laku begini berapa kali berapa kali dan di setiapnya aku tak peduli bila engkau mengambil pisau dan menjadi duri di dalam hati ini biarkan engkau begitu membuat aku seperti itu
bagaimana hendak aku ceritakan pd semua insan bila benda yang terjadi pada aku ini; sudah biasa sudah biasa diperhatikan tapi kita tetap masih mahu menjadi manusia yang bodoh itu menanti dan menanti si dia yang bangang itu mengapa kita biarkan hati ini kepergian tersendiri
pesan pada diri ku jangan jatuh jangan jatuh jangan jatuh jangan jatuh jangan jatuh jangan jatuh jangan jatuh
fynn jamal - jangan jatuh
perasaan yang terlalu menakutkan perasaan yang terlalu menyeramkan aku ditinggal di tepi jalan aku ditinggal tanpa rakan dan taulan
celakanya perasaan ini ku fikirkan aku bisa berdiri sendiri terlalu percaya pada kudrat diri sampai aku lupa yang aku tak mampu berdiri
tapi bukan sebenarnya aku ini tak mahu bukannya aku tak mahu ditinggalkan seperti dulu tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama2 kamu celakalah engkau yang memaksa aku diajar untuk memegang tangan itu bila dibiarkan aku sendirian-- ah, celaka.
celaka celaka celaka celaka
jangan jatuh jangan jatuh jangan jatuh jangan jatuh
jangan jatuh jangan jatuh! jangan jatuh! jangan jatuh!
semua orang memaksa aku terjatuh2 dan aku bisikkan pada jiwa aku yang kulit ini tak akan melepuh
ku biarkan siapa-jutanya berada di belakang telinga ku biar saja; aku kata aku takkan jatuh kerana dia aku takkan jatuh semata!
semata dia jangan jatuh-jatuh
jangan jatuh-jatuh jangan jatuh-jatuh
jangan jatuh!
pernahkah tidak kau berada dalam situasi yang kau benci -- dimana kau terpaksa memakai topeng untukmu setiap hari pernahkah tidak kau rasakan seperti engkau terlalu membenci diri tetapi hidupmu -- untuk memuaskan hati pernah tak tidak kau rasa seperti mahu membunuh setiap yang ada di depan muka pernah tidak kau rasa sepertinya; yang kau tak berdaya pernah tidak kita merasa pernahkah tidak kita merasa ini semua kita -- kerna kita manusia
apakah semua fikir kita tak punya perasaan setiap hari perlu jagakan hati -- setiap manusia dan setiap insan tapi siapa yang mau jaga hati ini? setiap kali kita membagikan rasa setiap kali kita memberikan rasa -- dipijak dihenyak dibagikan ke muka dibagikan kita padankan muka aku tak mahu lagi seperti begini tapi bila hidupku sudah pun serasanya mati -- aku perlu jiwa ini.
setiap hari perlu menjaga semua setiap hari perlu dikatakan yang aku cinta pada semua manusia tapi siapa yang ada untuk menjaga saya setiap hari hati aku memarahi diri setiap hari aku membenci aku tanyakan aku tanyakan; siapa yang mahu aku ini?
perasaan somebody who live for other people
Tuesday, June 21, 2011
dicarik aku dari belakang, kiri, kanan bukan dari depan bukan secara suluh bukan secara terang.
--
dia datang lagi. kali ni aku menyorok belakang dengan meerhati cuma profile dan gambar. aku bilang 'jangan kau jatuh sebab kau sudah ada untuk berpegang' dia cuma sekejap dan perasaan ni akan menghilang
--
dia membingit bukan terangan cuma di status bbm entah apa yang dia pusing dengan aku pun aku tak tahu tiba2 saja menghentam begitu
aku panas tapi aku pandangkan kata2 kakak, dan aku senyap. biar lah.
ok. terus saja. tak perlulah aku berulam cita di sini.
aku mahu cari sesiapa yang sudi meringankan tulang, sedekahkah kudrat tanpa sebarang bayaran untuk menjadi bala tentera jentera perak menjayakan projek konserto fynn jamal.
apa benda projek konserto ni? kau jangan jadi malas. nak aku suap semua. cuba baca sini; projek konserto
banyak benda yang dah jadi sejak kebelakangan ni; baik dugaan juga yang mendatangkan senyuman.
dengan kes practical yang tak mendatangkan hasil lagi sedangkan cuma tinggal dua tiga hari saja lagi due date untuk konfermasi tempat. semua masih senyap. ada satu, dua yang turn down. yang bersuara pagi2 cuma company dari kl. susahnya nak mencari company kat ipoh ni.
dengan berita mengejut meragut hati yang baru aku dapat petang tadi.
*diam*
ada alasan kenapa dia buat aku camni. tak sampai hati katanya. semua berpakat sembunyikan dari aku. tapi, tak apa lah. bukan tak jumpa langsung, kan? dua tahun je. pejam celik dah habis. tapi, walimatulurus aku nanti, aku rasa dia tak dapat datang. tak ‘kan nak paksa dia turun ke sini. tak bertimbang rasa untuk aku paksa datang dari jauh. kalau dia dalam malaysia, tak apa.
aku kena set mental dan fizikal untuk terima dan telan semua ni sekaligus. jangan bertangguh2.
Nimi Projek (Say Yes!)
-
AHAHAHAHAHA.
lambat gila update pasai ni.
sorry sangat.
okay, ni khusus untuk orang2 ipoh (kawasan lain pun okay, tapi ipoh kan
susah nak dapat benda2 rare...