Friday, September 11, 2009

perbualan songsang

tadi, baru sahaja bentar tadi. aku berbual secara tulisan di talian mesej. bersama seseorang yang dekat dengan aku. bertanya yang biasa2 mulanya. bila mahu pulang ke kampung, pulang ke sini kembali. dan di akhir pertanyaan dia, dia mengajak aku berhari raya di rumah kekasih mencurang aku itu. aku jawab kan mari. dan dia kata, yang hairan, bagaimana aku boleh lagi menerima lelaki itu sedangkan dia sudah bermacam buruk dengan aku. kalau lah dia jumpa lelaki itu, tidak mati, koma orangnya.

jawapan aku senang. ada hikmah di setiap yang berlaku. ada pengajaran de setiap yang itu. salah aku juga atas yang yerjadi. mahu dia mati atau koma, di suatu sudut hati, di sebelah hitam itu ada. memang ada. tapi, untuk apa? jika dia mati, memang seronok, tiada siapa memeluk dia, tapi, tidak kah ada rasa salah kuat menapak dalam jiwa? jika dia koma, pabila dia sedar, dia tetap sama, tetap begitu. tetap meninggalkan aku. jadi untuk apa? aku mahu dia bahagia, walau bukan dengan aku. ada di sudut hati, tetap mahu. bila dia bahagia tidak kah aku? aku doakan yang baik2 untuk dia sahaja. jangan membenci. walau aku mahu. biar orang tidak sukakan kita, jangan kita begitu. biar kita korban.

dia mengajar aku itu dan aku pegang itu.



kadang2 kita ini buruk.

No comments: