Thursday, May 6, 2010

dah lama simpan.

bukan tak mahu tayang.
bukan tak mahu cerita.
cuma..
malas mungkin, takut pun ada.
malas untuk lewat browsing menggunakan laptop.
takut yang ada ini tak kekal.

saya sudah ada anak. alhamdulillah. hampir sebulan di tangan. masih kecil; baby. kurus lagi. :(
mahu anak2 saya gemuk. sekarang sedang berusaha mencari apa makanan kegemaran mereka.

saya nak memperkenalkan Peppy Gizmo; jantan. manja sangat, dan Paco Glee; betina. sedikit garang. ;))
comel kan?

kanan - Peppy Gizmo
kiri - Paco Glee

Friday, December 18, 2009

tak banyak. cuma ini. cuma kami


aku tidak mahu ulas apa2.
aku tidak mahu gembur apa2.
cuma ini.
cuma kami.
cuma baru yang ini setelah lama berganti.

insyaAllah kekal sampai nanti.
doakan aku ya.
;)


dan ini doa aku : sampai tua, insyaAllah.

ini dari kakak hebat, fynn jamal
sampai tua

kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba

kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua
aku ada
sampai tua

takkan ku takut


makasih kak, untuk yang ini. makasih juga untuk puisi dan lagu yang lain

insyaAllah.




Music press kits
Quantcast

Monday, October 19, 2009

gilakan kamu.

ya, aku gilakan kamu.
tapi bila terfikirkan busuk kamu itu, aku jijik.

kamu tunjuk kamu bahagia sebab kamu suka lihat sengsara kan?
dan tahniah, kamu berjaya.
sungguh.

aku gila tengok perempuan itu.

Saturday, October 3, 2009

as usual, he came to my dream

aahh.
malam tadi lena dengan mimpi indah.
tapi menyakitkan.

he came to my dream and left when i really fall for him.

aku betul2 benci bila jadi camni.
lena terus tidak selubung.
terjaga dalam sentak yang tidak mesra.


kalau lah bisa.
kalau lah bisa aku puingkan segala rasa yang ada, kan bagus.
tidak sesak dalam hati
tiada hitam berwarna di jiwa.

andai lah ada di sesuatu ketika yang mahu aku simpan dalam dada,
aku pilih sewaktu aku bersama kamu.

Thursday, October 1, 2009

lagak dari jiwa

entah kenapa semalam aku terlalu ignorance tentang dunia yang hari ini adalah hari examination salah satu paper nya.

entah bagaimana semalam aku lena dengan ignorance hidung tingginya tanpa memikirnya masalah yang terbit dalam jiwa yang kononnya aku lenyapkan dari akal.

entah apa sebabnya semalam aku leka dengan hiburan semata hingga tertutup mata adanya dia yang sentiasa menatang jiwa.

entah.


kadang2 jalan cerita mati tanpa sebab.

Friday, September 25, 2009

garapan harapan palsu

kadang2 sedih juga bila ada orang sebegini. dengan muka tidak tahu tebalnya malu memberi harapan yang kadang2 agak tinggi dalam sedar atau tidak atau/dan dalam sedar tetapi buat2 tidak sedar.

-----

situasi pertama :

si dolah dan aminah adalah kekasih lama.
si aminah adalah seorang gadis yang cantik dan sangat diminati. lantak di tinggalkan tidak sampai sejam dapat pengganti.
si dolah pula masih teringat-ingatkan si aminah. susah benar mahu lupa.
mereka berpisah kerna bapa si aminah tidak berkenankan si dolah, tapi dalam rahsia, mereka masih berhubungan, biasa2 sahaja.
si aminah terkadang melayan si dolah bagaikan sang kekasih, membuatkan si dolah terawang mimpikan yang hubungan mereka masih dapat diteruskan. masakan tidak, bila keluar, berpegangan tangan tidak mahu lepas, menyendeng bagai belangkas.
baru2 ini, si aminah dapat laki baru, dikhabarkan pada si dolah, si dolah kecewa tersangat kerana dia ingat yang mereka dapat bersama.
kasihan si dolah bersertakan dengan doa supaya si aminah dapat pengajaran.
aminah pula bahagia tidak lama, tadi baru terbaca mesej2 lama laki baru, buat aminah geram.

situasi kedua :

ada timah dan abu. mereka juga kekasih lama.
mereka putus cinta kerna sahabat berdua, namun dalam diam tanpa pengetahuan si sahabat berdua; mereka berhubung.
baru2 ini, timah putus cinta dengan kekasih baru, diadu pada abu. abu punya lah nasihat siap bagitahu yang si abu masih mahu timah. siap di garap harapan yang mereka akan berkahwin bila si abu dah stabil hidupnya dan timah habis belajar nanti.
dan belum raya dahulu, abu dan timah keluar berempat. duduk berdua di bangku pusat beli belah lepas lelah, mereka bercerita panjang;tentang khabaran harapan dan sebagai. terselit juga, ditanya abu oleh timah, mahu tahu yang benar, abu ini sudah ada yang punya kah, kerna timah penat kecewa lagi. abu kata tiada. timah sengih kembang pasang angan tinggi.
mungkin mahu ditunjuk tuhan maha besar gamaknya, sehari sebelum raya;abu call timah, dalam nada takut2 ditanya mana timah, tidak keluarkah, buat apa, kemudian diletak mengejut dengan ada nada2 bisik perempuan sebagai latar belakang. kemudian dipanggil lagi, dicakap; "nak cakap apa lagi" terus diletak. kali ketiga, hanya misscall. untuk keempat, terusan abu cakap, "awak, jangan call dan mesej number ni lagi tau" disela dengan suara perempuan itu,"cakap lah". "awek saya pegang number ni." timah dengan sengih katakan ya.
kasihan timah. memang di tahu yang abu ini kaki perempuan. jadi harapan itu hanya harapan. dia tahu itu. tapi, masih dia kecewa, sebab abu adalah lelaki yang mengajar dia mahu setia tetapi ditarik tangannya oleh kekasih baru.

situasi ketiga :

ali dan joyah dahulunya kekasih.
masing2 sudah kenal keluarga. masing2 dahulunya setia.
joyah dan ali kenal dari alam maya. bersahabat bertahun sebelum bercinta.
ali cakap pada joyah, ali setia.
ali kasi harap kat joyah, akan setia dan hanya joyah punya. mahu tunang lah, hanya akan kahwin si joyah lah. bermacam lah.
sampailah di suatu hari, si joyah dapat tahu ali curang. dalam diam.
dan joyah sakit sampai sekarang.


------

penangan harapan bila digarap sakit.
ini segelintir situasi aku mahu kongsi. aku tidak reti bercerita. masih banyak buku dalam jiwa. cuma tidak terkeluar. yang sedikit ini sahaja.


aku takut mengharap dan diharap

Monday, September 21, 2009

aku benci pagi raya

sebab along mesti siap lambat
sebab kena tunggu lama
sebab mesti akan ada adegan tahan nangis;aku benci part ni
sebab enda pah akan act dengan barang jenama
sebab enda pah tanya apa kat bibir; aku buat tak dengar
sebab baju kurung siap satu je; tak apa. ni sebab aku yang hantar lambat
sebab diaorang cerita pasal aku accident
sebab enda pah suka cerita seorang2, pastu nak semua dengar
sebab endah pah suka gurau2 bernada sindir
sebab judin suka baran dan kurang ajar
sebab abah akan marah judin berperagai sebegitu
sebab raya ni tiada yang sedondon; abah biru, along merah
sebab nenek sudah naik ke langit

dan yang paling aku benci pagi2 raya ni,
sebab endah pah akan tanya pasal syauqi dan bila aku betul2 mahu buang orang itu, ada mereka yang mengingatkan dengan nada sinis.
haih.
macam mana ni?


oh. rupanya orang itu sudah berpunya dan orang ini sudah bertunang.