Friday, December 18, 2009

tak banyak. cuma ini. cuma kami


aku tidak mahu ulas apa2.
aku tidak mahu gembur apa2.
cuma ini.
cuma kami.
cuma baru yang ini setelah lama berganti.

insyaAllah kekal sampai nanti.
doakan aku ya.
;)


dan ini doa aku : sampai tua, insyaAllah.

ini dari kakak hebat, fynn jamal
sampai tua

kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba

kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua
aku ada
sampai tua

takkan ku takut


makasih kak, untuk yang ini. makasih juga untuk puisi dan lagu yang lain

insyaAllah.




Music press kits
Quantcast

Monday, October 19, 2009

gilakan kamu.

ya, aku gilakan kamu.
tapi bila terfikirkan busuk kamu itu, aku jijik.

kamu tunjuk kamu bahagia sebab kamu suka lihat sengsara kan?
dan tahniah, kamu berjaya.
sungguh.

aku gila tengok perempuan itu.

Saturday, October 3, 2009

as usual, he came to my dream

aahh.
malam tadi lena dengan mimpi indah.
tapi menyakitkan.

he came to my dream and left when i really fall for him.

aku betul2 benci bila jadi camni.
lena terus tidak selubung.
terjaga dalam sentak yang tidak mesra.


kalau lah bisa.
kalau lah bisa aku puingkan segala rasa yang ada, kan bagus.
tidak sesak dalam hati
tiada hitam berwarna di jiwa.

andai lah ada di sesuatu ketika yang mahu aku simpan dalam dada,
aku pilih sewaktu aku bersama kamu.

Thursday, October 1, 2009

lagak dari jiwa

entah kenapa semalam aku terlalu ignorance tentang dunia yang hari ini adalah hari examination salah satu paper nya.

entah bagaimana semalam aku lena dengan ignorance hidung tingginya tanpa memikirnya masalah yang terbit dalam jiwa yang kononnya aku lenyapkan dari akal.

entah apa sebabnya semalam aku leka dengan hiburan semata hingga tertutup mata adanya dia yang sentiasa menatang jiwa.

entah.


kadang2 jalan cerita mati tanpa sebab.

Friday, September 25, 2009

garapan harapan palsu

kadang2 sedih juga bila ada orang sebegini. dengan muka tidak tahu tebalnya malu memberi harapan yang kadang2 agak tinggi dalam sedar atau tidak atau/dan dalam sedar tetapi buat2 tidak sedar.

-----

situasi pertama :

si dolah dan aminah adalah kekasih lama.
si aminah adalah seorang gadis yang cantik dan sangat diminati. lantak di tinggalkan tidak sampai sejam dapat pengganti.
si dolah pula masih teringat-ingatkan si aminah. susah benar mahu lupa.
mereka berpisah kerna bapa si aminah tidak berkenankan si dolah, tapi dalam rahsia, mereka masih berhubungan, biasa2 sahaja.
si aminah terkadang melayan si dolah bagaikan sang kekasih, membuatkan si dolah terawang mimpikan yang hubungan mereka masih dapat diteruskan. masakan tidak, bila keluar, berpegangan tangan tidak mahu lepas, menyendeng bagai belangkas.
baru2 ini, si aminah dapat laki baru, dikhabarkan pada si dolah, si dolah kecewa tersangat kerana dia ingat yang mereka dapat bersama.
kasihan si dolah bersertakan dengan doa supaya si aminah dapat pengajaran.
aminah pula bahagia tidak lama, tadi baru terbaca mesej2 lama laki baru, buat aminah geram.

situasi kedua :

ada timah dan abu. mereka juga kekasih lama.
mereka putus cinta kerna sahabat berdua, namun dalam diam tanpa pengetahuan si sahabat berdua; mereka berhubung.
baru2 ini, timah putus cinta dengan kekasih baru, diadu pada abu. abu punya lah nasihat siap bagitahu yang si abu masih mahu timah. siap di garap harapan yang mereka akan berkahwin bila si abu dah stabil hidupnya dan timah habis belajar nanti.
dan belum raya dahulu, abu dan timah keluar berempat. duduk berdua di bangku pusat beli belah lepas lelah, mereka bercerita panjang;tentang khabaran harapan dan sebagai. terselit juga, ditanya abu oleh timah, mahu tahu yang benar, abu ini sudah ada yang punya kah, kerna timah penat kecewa lagi. abu kata tiada. timah sengih kembang pasang angan tinggi.
mungkin mahu ditunjuk tuhan maha besar gamaknya, sehari sebelum raya;abu call timah, dalam nada takut2 ditanya mana timah, tidak keluarkah, buat apa, kemudian diletak mengejut dengan ada nada2 bisik perempuan sebagai latar belakang. kemudian dipanggil lagi, dicakap; "nak cakap apa lagi" terus diletak. kali ketiga, hanya misscall. untuk keempat, terusan abu cakap, "awak, jangan call dan mesej number ni lagi tau" disela dengan suara perempuan itu,"cakap lah". "awek saya pegang number ni." timah dengan sengih katakan ya.
kasihan timah. memang di tahu yang abu ini kaki perempuan. jadi harapan itu hanya harapan. dia tahu itu. tapi, masih dia kecewa, sebab abu adalah lelaki yang mengajar dia mahu setia tetapi ditarik tangannya oleh kekasih baru.

situasi ketiga :

ali dan joyah dahulunya kekasih.
masing2 sudah kenal keluarga. masing2 dahulunya setia.
joyah dan ali kenal dari alam maya. bersahabat bertahun sebelum bercinta.
ali cakap pada joyah, ali setia.
ali kasi harap kat joyah, akan setia dan hanya joyah punya. mahu tunang lah, hanya akan kahwin si joyah lah. bermacam lah.
sampailah di suatu hari, si joyah dapat tahu ali curang. dalam diam.
dan joyah sakit sampai sekarang.


------

penangan harapan bila digarap sakit.
ini segelintir situasi aku mahu kongsi. aku tidak reti bercerita. masih banyak buku dalam jiwa. cuma tidak terkeluar. yang sedikit ini sahaja.


aku takut mengharap dan diharap

Monday, September 21, 2009

aku benci pagi raya

sebab along mesti siap lambat
sebab kena tunggu lama
sebab mesti akan ada adegan tahan nangis;aku benci part ni
sebab enda pah akan act dengan barang jenama
sebab enda pah tanya apa kat bibir; aku buat tak dengar
sebab baju kurung siap satu je; tak apa. ni sebab aku yang hantar lambat
sebab diaorang cerita pasal aku accident
sebab enda pah suka cerita seorang2, pastu nak semua dengar
sebab endah pah suka gurau2 bernada sindir
sebab judin suka baran dan kurang ajar
sebab abah akan marah judin berperagai sebegitu
sebab raya ni tiada yang sedondon; abah biru, along merah
sebab nenek sudah naik ke langit

dan yang paling aku benci pagi2 raya ni,
sebab endah pah akan tanya pasal syauqi dan bila aku betul2 mahu buang orang itu, ada mereka yang mengingatkan dengan nada sinis.
haih.
macam mana ni?


oh. rupanya orang itu sudah berpunya dan orang ini sudah bertunang.

Saturday, September 19, 2009

aku benci malam raya

sebab aku kena balik rumah
sebab aku duduk dalam bilik sendiri
sebab aku kena makan banyak
sebab aku kena tipu
sebab aku akan teringat yang raya lepas aku pergi kampung syauqi
sebab aku kena dengar bebel enda pah
sebab nenek akan naik ke langit
sebab duit abah akan abis beli barang2 raya
sebab ibu tentu penat, aku tak tolong
sebab mama dan ayah akan balik ke kampung tanpa aku kuncupkan tangan di pagi raya

dan yang PALING aku benci malam raya ini,
aku mesti cepat kecil hati dan terasa
aku mesti akan bergaduh dengan adik lelaki aku walau niatnya untuk bergurau
dan aku MESTI menangis seorang2 dalam bilik.
macam sekarang.

dan kalau orang lain sedang sibuk bergembira, main bunga api, lempar mercun, aku tidak.
ada lah sedikit aku mengikut, namun lebihnya aku sendiri.
macam sekarang.

haih.
*diam*

aku benci juga pagi raya.
sebab nanti akan ada adegan tahan nangis.
percaya tak?

*tahan nangis*


some guys are not to be trusted.

Friday, September 11, 2009

perbualan songsang

tadi, baru sahaja bentar tadi. aku berbual secara tulisan di talian mesej. bersama seseorang yang dekat dengan aku. bertanya yang biasa2 mulanya. bila mahu pulang ke kampung, pulang ke sini kembali. dan di akhir pertanyaan dia, dia mengajak aku berhari raya di rumah kekasih mencurang aku itu. aku jawab kan mari. dan dia kata, yang hairan, bagaimana aku boleh lagi menerima lelaki itu sedangkan dia sudah bermacam buruk dengan aku. kalau lah dia jumpa lelaki itu, tidak mati, koma orangnya.

jawapan aku senang. ada hikmah di setiap yang berlaku. ada pengajaran de setiap yang itu. salah aku juga atas yang yerjadi. mahu dia mati atau koma, di suatu sudut hati, di sebelah hitam itu ada. memang ada. tapi, untuk apa? jika dia mati, memang seronok, tiada siapa memeluk dia, tapi, tidak kah ada rasa salah kuat menapak dalam jiwa? jika dia koma, pabila dia sedar, dia tetap sama, tetap begitu. tetap meninggalkan aku. jadi untuk apa? aku mahu dia bahagia, walau bukan dengan aku. ada di sudut hati, tetap mahu. bila dia bahagia tidak kah aku? aku doakan yang baik2 untuk dia sahaja. jangan membenci. walau aku mahu. biar orang tidak sukakan kita, jangan kita begitu. biar kita korban.

dia mengajar aku itu dan aku pegang itu.



kadang2 kita ini buruk.

Monday, September 7, 2009

kalau boleh putarkan masa

kalau boleh diputarkan kembali masa,
aku mahu kembali ketika aku menyambut tangan orang itu
ketika aku memutuskan untuk memberikan hati aku
di waktu aku mula mencambah cinta pada lelaki itu

kalau lah dibenarkan memutarkan waktu
aku mahu balik ke waktu di mana aku membuat silap
di saat aku mula ke arah gelap
sewaktu aku mula menjadi busuk

kalau diberikan untuk balik ke masa itu
di waktu dia mengatakan sudah tidak cinta pada aku

kalau lah diizinkan tuhan
kalau lah

Where we gonna go from here…?
I still feel deeply for you.
This whole mess is killing me. -- abir(http://themixedchapters.tumblr.com/)

Tuesday, September 1, 2009

aku suka vandalisma diri. ;)




ini bila aku sorang2 dalam umah tengah malam.
mula conteng muka
mula kaler rambut.
haha

kaler rambut aku sekarang biru. merah dah hilang. mood baru. huuuuuuuuuuuuuu
mungkin muncul nanti. bila? lambat kot. haha


aku nak post sesuatu tentang subuh tadi tapi mood dah hilang. nanti lah kalau rajin.
:)
:(
futnot : ada tentang dia.

ohkay. aku memang comot dan buruk nak mampos.

at the end of the day, the girl is still alone.

Wednesday, August 19, 2009

sakai terlampau bilamana sudah penat mencarutmenjeritmemekik disuatu masa hari itu.

dan aku perlu berhenti.



aku kangen. dem!

Wednesday, August 12, 2009

susah sangat

aku sudah penat sebenarnya.
dah payah benar aku hendak buang dia.
semalam, aku mimpikan dia, kami.
aku kerling pada telifon bimbit yang hampir setiap hari aku jenguk untuk tangiskan ketika membaca mesej2 lama.
aku ambil dan mula menaip pada seorang adik mengadu nasib.
ish. kenapa susah sangat?

Tuesday, June 30, 2009

pictures excidently juga gig sedikit

it's a gig dude!


kami memang gedik. heh. ;)



masih sempat di dalam kereta. ;P




saya ridak kenal lelaki berbaju hitam itu. ada sesiapa kenal? mukanya familiar gila


wan


along




excident on 25th june 2009








yong; driver satria neo itu. heh.


saya yang luka teruk. hampir dijahit. tak mahu. haha

alright.
ini gambar2nya. cuma outing with friends sahaja belum di upload. akan nanti.
maaf ya. terlewat untuk upload itu pictures. baru dapat semalam. ;)

Tuesday, June 23, 2009

hati, maafkan saya

hati,
maafkan saya.

maafkan saya
menyakitkan kamu

maafkan saya
membiarkan kamu

maafkan saya
membelakangi kamu

hati,
maafkan saya
kamu hancur
maafkan saya
kamu sendirian

hati,
maafkan saya
dia meranapkan kamu
dan saya benarkan.

hati,
maafkan saya
maaf.
maaf.
maaf.
dan maafkan saya untuk kesekian kalinya.

i'm so soory, i'm not over you yet. grrrr

Thursday, June 11, 2009

bencinya melihat

bencinya aku melihat.
padamkan mata aku.
tutupkan telinga aku.
kerna aku tidak mahu melihat dan mendengar setiap perbuatan dan perkataan.
aku benci.


aku mahu duduk di sudut kamar kosong yang gelap itu supaya tiada kalian

Sunday, May 17, 2009

jangan sampai

ye.
jangan sampai
jangan sampai hati aku yang kau pegang itu busuk
jangan sampai hati aku penat
jangan sampai hati aku luluh dengan hubungan kita
jangan sampai cinta aku menghilang
sebab aku sangat sayangkan hubungan ni
sebab aku sangat cintakan kita
sebab aku sangat tak sanggup untuk mendua

sayang
jangan sampai
sebab dulu kau kata kau itu milik aku
milik aku sahaja
sebab dulu kau kata kau itu seorang yang setia
setia dengan cinta
sebab dulu kau kata kau itu tak mungkin mencurang
sebab dulu kau kata kau itu tidak mungkin aku tiada
sebab dulu kau kata kau itu gilakan aku sahaja
sebab dulu kau kata kau itu angaukan aku
sebab dulu kau kata kau itu mahukan aku sahaja
sebab dulu

dan dulu itu dulu
kau berubah kini
kau mendua
dan kau menyorokkan si dia
kau melebihkan si dia

sayang
jangan sampai.
sebab aku ini mahu setia
sebab aku ini mahu milik kamu sahaja
sebab aku ini cintakan kamu seorang
sebab aku ini tak mahu menjadi seperti dahulu.

argh.
orang kata itu lah lelaki.
orang kata itu lah lelaki, mulutnya manis.
orang kata.

sayang
jangan sampai
jangan sampai aku membilang.
dan jangan sampai aku tergamak tuk mencurang

aku rindukan kita yang dahulu2. yang manja bila bersama. yang tidak simpan apa2 di dalam hati. yang berterus terang tentang semua. yang bahagia sentiasa. yang bergaduh2 manja. yang tidak boleh jika tiada. aku masih simpankan kata2 kau itu.